4 Manfaat Dalam 1 Youthtube Time Capsule Foundation | Selalu tak kalau nak keluar rumah, korang ambil masa yang lama untuk bersiap dan make up? Kalau boleh tak nak make up pun tapi kita mestilah nak nampak cantik bila keluar kan. Mestilah nak make up. Bila nak make up pulak, banyak betul produk kena tepek dekat muka. Malas betul rasanya.
Barang make up pula, kena lah yang standard tinggi macam produk antarabangsa sebab nak pastikan kulit wajah terjaga. Bila nak pakai barang make up oversea pula, harga mahal. Siapa yang ada masalah macam Fadzi mention tadi?
Kalau ada, meh Fadzi nak share dengan korang satu foundation baru ni namanya Youthtube Time Capsule Foundation.
Youthtube Time Capsule Foundation
Youthtube Time Capsule Foundation ini adalah sejenis produk kosmetik iaitu liquid foundation. Menggunakan tagline "Age is Inspiration (Usia adalah Inspirasi)", foundation ni memang sesuai untuk wanita yang dalam lingkungan umur 25-45 tahun. Yang pentingnya foundation ini memang sesuai dengan kulit normal to combination skin.
Nak tahu apa yang menarik pasal Youthtube Time Capsule Foundation ini? Korang boleh guna satu produk ni je untuk dapatkan kelebihan sebagai foundation, serum, UV Protection dan moisturizer. Best kan?
Serum foundation ini dihasilkan oleh ahli kimia yang dah ada pengalaman lama buat kosmetik Dior untuk pasaran Asia. Jadi produk ni memang sesuai lah untuk kulit wanita Asia macam kita ni. Produk ini dihasilkan daripada formulasi terkini yang diimport khas dari France dan Switzerland.
Kandungan Youthtube Time Capsule Foundation
Youthtube Time Capsule Foundation ini dihasilkan menggunakan bahan-bahan utama yang pada Fadzi penting untuk penjagaan kulit wajah kita iaitu Swiss Marine Collagen Extract, France Anti-Aging Stem Cell, Vitamin C, Vitamin E dan SPF 35. Siapa yang tak nak pakai produk yang ada kolagen, Vitamin C, Vitamin E, SPF dan ejen anti aging betul tak?
Antara bahan-bahan sampingan yang ada digunakan untuk menghasilkan Youthtube Time Capsule Foundation ini adalah Aqua, Cyclopentasiloxane, Ethylhexyl, Methoxycinnamate, Titanium Dioxide, Malus Domestica Fruit Cell Culture Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Callus Culture Extract, Rhododendron Ferrugineum Leaf Cell Culture Extract, Ascorbic Acid (Vitamin C), Collagen, Mica, Iron Oxides, Peg/Ppg-18/18 Dimethicone, Sodium Chloride, Tocopheryl Acetate, Disodium Edta dan Fragrance.
Kelebihan Youthtube Time Capsule Foundation
Sebenarnya banyak kelebihan foundation ni kalau nak compare dengan foundation-foundation yang lain. Antara kelebihan yang korang boleh dapat dengan menggunakan Youthtube Time Capsule Foundation ini adalah:
- Melindungi Se-Sel Kulit Dari Sinar UV
- Melindungi Kulit Daripada Unsur Radikal Bebas
- Merangsang Pertumbuhan Sel-Sel Kulit Baru Dengan Pantas
- Melembapkan Kulit
- Menganjalkan Kulit
- Meremajakan Kulit
- Mencerahkan Kulit
- Menyama-Ratakan Tona Kulit
- Memudarkan Garis-Garis Halus & Tanda-Tanda Penuaan
- Memudarkan Parut/Cela/Jeragat Pada Wajah
- Mengecilkan Liang-Liang Pori
- Menampilkan Wajah Yang Berseri/’Glowing’
Cara Panggunaan Youthtube Time Capsule Foundation
Nak pakai Youthtube Time Capsule Foundation ni senang sangat. Korang cuma perlu tuang foundation sebesar saiz mutiara. Lepas tu sapu rata-rata pada muka dan leher untuk dapatkan kulit wajah yang lembap, lembut dan bersinar.
Ciri-Ciri Youthtube Time Capsule Foundation
Youthtube Time Capsule Foundation ni ada beberapa ciri yang mesti korang pun akan suka dan sesuai nak pakai. Antara ciri-ciri serum foundation ini adalah:- Tekstur ringan
- Mudah diratakan pada seluruh kulit muka
- Pantas meresap pada kulit
- Water-based
- Tidak melekit atau berminyak
- Diuji secara klinikal
- Tahan lama sehingga 8 jam
- Mudah dibersihkan
- Selamat digunakan
Harga Dan Packaging Youthtube Time Capsule Foundation
Youthtube Time Capsule Foundation ni datang dalam bentuk cecair dalam botol yang bersaiz 15ml. Harganya pula RM87 untuk satu botol. Youthtube Time Capsule Foundation ni pun dah dapat kelulusan KKM. Korang boleh rujuk NOT KKM NOT170902977K. Expiry date untuk foundation ni biasanya 2 tahun dari tarikh pengilangan. Korang boleh tengok tarikh luput dekat bahagian bawah botol.
Korang tau tak korang boleh jimat masa waktu nak keluar sebab make up sekejap je bila pakai Youthtube Time Capsule Foundation. Duit pun boleh jimat sebab tak payah beli banyak-banyak produk yang berasingan. 1 botol serum foundation ni je pun dah boleh dapat 4 manfaat. Harganya pula mampu milik. Dengan harga yang jauh lebih murah, korang boleh dapat kualiti produk setanding produk antarabangsa. Design botol Youtuhtube ni pun menarik sangat dan ekslusif. Pernah jumpa design botol foundation yang siap ada crown? Tak ada kan?
Nah, kalau korang pun berminat nak cuba atau nak tahu lebih lanjut pasal Youthtube Time Capsule Foundation ni, korang boleh tengok Facebook dan Instagram diaorang.